Ah rindunya aku nak balik kampung. Rindu kat abah, rindu kat anak buah dan rindu kat rumah yang menyimpan banyak kenangan dalam hidup aku.
Ubat abah aku dah belikan dua botol, biar ada spare kat rumah jangan kehabisan. 24 hb nie dia akan gi ke klinik lagi untuk buat check up bagi penyakit kencing manis peringkat awal tu. Aku rasa risau sangat semenjak dia ada penyakit kencing manis tuh, hari tuh cuma yang aku tau cuma penyakit darah tinggi aje. Abah tu suka sangat minom air berkabonat, kan dah dapat kencing manis. Tapi sekarang dia kata keadaan kesihatan dia semakin baik, dah tak kerap kencing lagi dah. Mata dia pon tak kabor sangat cam sebelom tu. Syukurlah. Cuma dia sorang aje harta yang paling berharga yang aku ada. Orang yang paling aku sayang dalam dunia.
Aku mintak maaf pada Mr bos Encik Junaidix sebab tak dapat hadir ke Majlis Rapat kali nie. Walau apa pon aku tetap menyokong Msjbox dari belakang. Go go Jun, dan sori jugak kat Shai sebab tak dapat jumpa ko hari tuh sebab aku lebih berat untuk pulang ke kampung dari menghadiri Majlis Rapat. Dan aku ada satu pertanya buat shai... boleh aku pinjam leptop baru tuu?? thehehehehe
Tugas menjaga booth dah pon berakhir hujung minggu lepas, aman balik hidup aku sekarang. Tak keruan hidup aku rasanya dalam dua bulan nie.
Korang
dah menonton filem sepi? aku masih belom ada kesempatan lagi. Tapi aku
memang nak menonton filem tu. Sekarang aku tengah dengar satu lagu dari
OST sepi, suara Gita Gutawa. Lirik dia dia paling mudah iaitu
'aaaaaaaaaaa aaaaa aaaaa' sahaja. Tapi melodi dia sangat membunuh aku,
mata aku akan basah bila mendengar lagu nie dan aku akan jadi sedih.
Melodi yang sangat meruntun perasaan sedih pada korang. Cuba lar korang
cari. Malas plak rasanya nak masukkan link kat blog nie... kalau korang
rajin korang cari dan dengar sendiri. thehehehe >klik sini untuk downlod<
Sekarang aku nak dengar lagu 'Sepi' nyanyian Yuni Shara plak. Meh ikot aku hanyati setiap bait lirik nie...
Sepi
Yuni Shara
sepi hati terjadi lagi
mungkin sampai mati aku sepi
biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja
aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
namun berat beban di hidupku
biarkan saja biar saja
hanya ku yang tahu
sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap kuberdiri
oh! ada saatnya kubicara
bila hatiku t'lah bulat
sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam